
Maka nikmat TuhanMu yang manakah yang kamu dustakan?
berkali-kali Allah ulang ayat yang satu ini dalam surah ar-Rahman.. maksud surah itu sendiri itu pun sudah terang menggambarkan keseluruhan isi surah tentang bukti Pemurah Allah kepada makhlukNya.. dinyatakan dengan jelas dan teliti satu persatu nikmat2 Allah dan disambung dengan persoalan retorik ini berulang-ulang kali.. “Maka nikmat TuhanMu yang manakah yang kamu dustakan?”.. persoalan yang tak menuntut jawapan lisan pembacanya, sekadar cukup agar berlegar-legar di benak fikiran sang hamba.. agar meninggalkan tanda soal yang berbekas di hati sang pembaca.. renungkan~~
senyum sendiri saya memikirkan.. satu persatu nikmat Allah buat diri ini.. hitunglah.. letih lenguh mengira satu persatu.. panjang berjela list yang satu… ya Allah, aku ni bukan sesiapa tanpaMu, ya Rabb.. aku hanya punyaiMu untuk menyokong diri ini.. menyokong hidup ini.. aku hidup atas keyakinan kepadaMu.. dan aku hari ini, sangat bersyukur, aku benar2 merasa cukup dengan bahagianya hidup pada hari ini.. rasa yang tak mampu pun diluahkan melalui kata2.. indah hanya empunya diri yang rasa dan hanya Kau yang faham.. *macam nak senyum je sampai lenguh mulut2..
huhu..*
teringat pula kisah semalam, bila berada di fasa rendah, bila ditimpa masalah segalas bahu, bila diuji sejentik cuma, terus terlupa akan nikmat yang terlalu banyak di hadapan mata.. yang terlihat, yang terlintas di benak.. “aku lah manusia paling malang kat dunia ni.. kenapa Allah buat hidup aku macam ni? apa dosa aku?”.. etc.. etc.. sampai terlupa masih ramai manusia di pelosok dunia, masih tersenyum menikmati hidup, gembira dalam meniti hari yang sukar.. mereka bersyukur seadanya.. merasa cukup dalam ketidakcukupan dunia..
mulut-mulut yang berkeluh-kesah itu, lidah-lidah yang melontarkan rasa sesak itu.. mungkin kerana datang dari hati2 yang tidak pernah mengenal erti cukup dan syukur akan nikmatNya yang zahir jelas dan pasti.. nikmat yang terhijab dek bisikan syaitan yang menghembus.. Nauzubillah.. moga Allah lindungi hati2 ini..
mungkin kerana hidup tanpa berkat dariNya? teringat dialog bersama seorang sahabat, bila saat fikiran berserabai merenung kehidupan..
“Mana nak tahu hidup kita ni Allah berkat ke tak? aku selalu terfikir, sebenarnya Allah berkat aku ke tak? Aku rasa aku dah kejar berkat tu.. tapi.. “
terus dikongsikan tazkirah yang sedang dibaca, “Berkat itu…. Sesuatu yang tidak boleh dilihat, tetapi dengan berkat itu, kita boleh berasa tenang dan bahagia sentiasa walaupun separuh dunia berada di bahu kita”…
Senyum.. rasa2nya kan, tenang dan bahagia tak kita saat tekanan intracranial dah mencapai limit yang mencemaskan?? juga persoalan retorik yang tak perlukan jawapan lisan si pembaca..
nota kaki : kejar rasa berkat itu jom!! best kot~~~ ^^
THE END






































