aku hidup..
hanya atas keyakinan bahawa Allah yang menghidupkan aku..
bahawa Allah yang menetapkan segala susur galur takdir perjalanan hidupku..
hidup dengan saki kekuatan jiwa bahawa Allah sentiasa disisiku, memberi kekuatan meneruskan langkah..
meletak segalas keimanan ke atas qada’ dan qadar Ilahi..
yang pastinya adalah terbaik buat hambaNya yang buta tentang hakikat masa hadapan dirinya..

aku hidup..
sekadar dengan menghunus senjata mukmin yang utama.. bedoa kepada ‘Rabb’ nya yang Esa..
dengan penuh kehinaan dan kerendahan hati.. dengan penuh harapan yang besar..
moga Allah membuka jalan-jalan keluar atas setiap kekusutan..
moga Allah memudahkan urusan hambaNya yang buntu menghadap titik noktah perjalanan..
hidup dengan kekuatan bahawa Allah itu Maha Adil lagi Hebat sekadar mengurusi keremehan kekusutanku..

aku hidup..
sekadar ingin menjadi hambaNya yang lebih mukmin berbanding hari semalam..
sekadar ingin membuang sawang jahiliyah yang memenuhi jiwa nan hina ini..
agar redha Allah sentiasa di sisi..
agar syurga Allah tidak menjauh dari roh yang pasti meninggalkan jasad..

setiap gerak, setiap tutur.. moga sentiasa dalam lindungan Allah..
setiap sesuatu yang bakal ditakdirkan, moga sentiasa ditabahkan hati dalam melaluinya..
kerana Allah itu ada..
kerana Allah itu dekat..
kerana Allah itu Maha Kuasa.. Maha Membantu hambaNya yang lemah..

Allah..
Allah..
Allah..

jangan uji aku dengan sesuatu yang tidak mampu untuk aku lalui..

Advertisements