Bismillah..

Salam wbt..

Hurm.. sepanjang seminggu praktikal di HMS ni, saya selalu terfikir.. betullah, Malaysia ni memang negara yang senang.. kebanyakan pesakit pun walaupun reason of admissionnye lain2, tetapi yang pasti, selalu di bahagian comorbidity: DM, Hypertension, Hypercholesterol.. list ubat2an kerap akan ade yang sama.. dan kebanyakan yang di’admit’ BMI nya memang melebihi 25.. atau juga kadang2 Orang Asli yang BMI nya kurang 18!! ~oooohhh our ‘double-burden’ beloved country..

dan bila saya membaca status Aqsa Syarif di facebook.. “RECENT NEWS: 3 New Palestinians died after Suffering their War injuries in the Shifa Hospital. bringing the death toll in the latest Israeli war on Gaza to 165 Palestinian Martyrs”

can’t imagine how will it look like kan? how is the condition of the hospital? managing those patients who suffer due to the war.. juga managing all those martyrs.. all with very limited supply.. of the medications, technologies and also professional human resources..

kalau kite kat sini disibukkan dengan prescription ubat yang berjela-jela panjang untuk macam2 penyakit yang mostly pun ade kaitannya dengan pemakanan kite, dan mereka dekat sana pula disibukkan dengan mangsa2 perang yang tak putus-putus kunjung tiba..

itu bukannya tanda kite layak bersuara “Alhamdulillah, negara aku aman damai”, sebaliknya seharusnya untuk sentiasa bermuhasabah, “Ya Allah.. sekerdil mana aku telah menjalankan kewajipan aku sebagai khalifah di bumiMu?”

insyaAllah.. sumbangkan sikit kekayaan dan kemewahan kite terhadap makanan yang melimpah hebat kepada anak-anak Palestin yang sangat memerlukan.. to those yang nak menyumbang.. boleh teruskan menyumbang ke dalam TABUNG A2G EMERGENCY RELIEF AQSA SYARIF BERHAD di: Maybank Islamic 551575004299 atau Bank Islam 12092010034904..

Advertisements