Bismillah..
Salam wbt..

sekarang dekat Restoran Raisyidha.. direkrut oleh my mum untuk tolong die dekat kedai since malam semalam until Sabtu malam sebab pekerja tak cukup.. so, memang bertambah letih la rutin harian.. 8am dah kene ade dekat Hospital, balik around 5pm, rehat2 sikit, lepas Maghrib dah kena drive pergi restoran.. balik pulak around pukul 11pm, terus collapse.. mintak maaf la kan tak daya nak mengadap buku pulak malam2..

oh.. dengar plak soalan Internal tahun ni dah tukar.. mula la gundah-gulana sikit nak plan study.. hope cepat2 la keluar list soalan baru ye..

kalau minggu lepas, maybe banyak kes pun respiratory disease (paru-paru).. pneumonia, asthma, dan COPD.. minggu ni, kes2 respiratory masih on top dalam ward tapi bertambah jugak kes2 Cardiovascular system.. (jantung).. so, minggu ni memang minggu menelaah ECG.. atrial fibrillation, atrial flutter (due to thyrotoxic storm), LBBB (heart failure), RBBB, STEMI, non-STEMI.. bigeminy..

i was really impress jugak dengan tahap2 kes dekat HMS ni.. my expectation utk HMS asalnya – just utk cover simple case like hypertension and Diabetes Mellitus.. ok la.. kes-kes tahap moderate dan acute pun ada jugak..

one case, 35 years old man, come with severe (8/10) central chest pain radiate to both arms, sharp and prickling sensation + vomiting.. BMI normal or slightly overweight but smoker of 1 pack years (20 batang rokok sehari).. tapi mujur datang ke hospital dalam sejam dua selepas attack.. treatment of course la takde PCI, so, just by streptokinase (thrombolysis).. tapi alhamdulillah resolve..

seronok bila sembang dengan pesakit dan isteri, pesakit memang terus setuju untuk ke cessation smoking clinic.. sekurang-kurangnya, mereka bersyukur sangat atas nikmat peluang kedua yang Allah bagi.. masih muda dan tak pernah ade sakit sebelum ini, diuji dengan serangan jantung secara tiba-tiba.. kat bawah ni, his ECG.. STEMI (ST elevation Myocardial Infarction).. korang2 yang 3rd year especially, boleh la study ECG ni utk pathophysiology~~

acute STEMI

for me, risau kan.. sebenarnya kadang2 kita lupa akan nikmat sihat yang Allah bagi.. lupa yang tubuh ini juga pinjamanNya, untuk kita menjalankan tanggungjawab khalifah dan ibadah di atas muka bumi Allah ini.. penting untuk dijaga dengan baik.. smoking.. bad diet.. lack physical xtvt.. (saya la tu).. meh la kita improve sama-sama yer~~

me, sangat risau sebab makan berterabur seminggu dua ni.. selalu balik dengan lapar sangat2 dan kat rumah makan dengan sepenuh hati.. ohh.. konfem my pancreas bekerja keras untuk kontrol paras gula yang berterabur turun naik dalam darah.. ade potensi untuk naik berat + kencing manis macam ni.. haish.. still waiting for my F1, at least boleh cover both my breakfast and lunch yg sgt sibuk.. tak sabar nak bawak bekal gi hospital.. dear my doctor, macam mana la doktor boleh tahan tak makan apa-apa sampai petang.. haiyyakkk.. 😦

Advertisements