bismillah~

Salam wbt.. hehe.. lama dah tak menulis dekat sini.. first of all, alhamdulillah.. sebab Allah masih menghidupkan diri ini pada tahun baru 2013.. masih sempat merasai 2013 (ramalan kiamat 2012 gagal nampaknya..) dan masih sempat untuk sekali lagi menyenaraikan harapan2 dan azam2 untuk dikejar pada tahun ni..

insyaAllah, tahun 2013 ni adalah tahun yang sangat saya tunggu sejak 2007 lagi.. perit dan juraian air mata sejak bergelar pelajar medik tinggal beberapa langkah sahaja lagi untuk diakhiri.. ya Allah, moga Kau memudahkan urusan yang satu ini.. 6 tahun di rantau orang, moga pengakhirannya juga mudah.. amin.. moga selamat bergelar MuDR. Nurulraini.. ๐Ÿ™‚

juga ya Allah, pertembungan aku dengan Dakwah dan Tarbiyah di bumi Czech ini adalah suatu takdir yang amat aku syukuri.. dengannya, aku belajar menjadi muslim yang tahu akan tujuannya diciptakan.. dengannya, aku belajar untuk menjadi lebih peka dengan nasib saudara seakidahku bukan sekadar semangat nasionalisme yang membuta-tuli.. aku belajar merendahkan egoku bahawa aku sekadar hambaNya dan setiap sesuatu adalah milikNya.. hati keras yang suatu ketika dulu begitu sombong dengan prinsip bingungku kini begitu rendah mohon diisi dengan roh2 Mu.. dan aku bersyukur kerana kini hatiku begitu mudah meletakkan Allah dalam setiap tingkahku..

semoga tahun 2013, akan menjadikan saya mukmin yang lebih dekat denganNYa.. menjadikan saya terus istiqamah di atas jalan dakwah para RasulNya ini.. amin… jangan pernah diri ini meninggalkan jalan ke SyurgaNya untuk duniawi..

dalam kekusutan saya dengan krisis kewangan, dalam ketidakmampuan mengeluarkan infak, juga tahap kesihatan yang membimbangkan.. alhamdulillah, Allah temukan dengan Herbalife.. sebagai satu jalan keluar untuk saya.. sebagai pelajar di negara orang, selain dari elaun sara diri, saya tidak punyai sumber kewangan lain sedangkan keperluan kewangan saya semakin mendesak.. untuk bekerja sambilan juga tak mungkin.. dan saya melihat prospek masa depan Herbalife insyaAllah mampu memberi barang sedikit kelegaan kewangan untuk saya.. ๐Ÿ™‚

juga saya berfikir untuk tempoh selepas tamat belajar bulan 7 nanti sehingga mula bekerja dalam bulan 11 tahun hadapan, dari mana sumber kewangan saya?? elaun pun sehingga bulan 9 sahaja.. saya harus punyai sumber kewangan sendiri kerana keperluan yang mendesak.. dan keluarga saya bukan juga keluarga kaya untuk menanggung saya..

dan saya juga ada keperluan untuk mempercepatkan yang harus dipercepatkan, agar tidak dikejar fitnah manusia.. agar dapat dihebahkan dan diringankan beban ditanggung hati.. kalau ada yang faham, mohon doa kalian agar dipermudahkan urusan ye.. insyaAllah.. ๐Ÿ™‚

SONY DSC

kenapa saya memilih Herbalife? kerana pada saya produk Herbalife sangat meyakinkan.. konsep nutrisi cellular sangat meyakinkan saya yang ia adalah produk pemakanan kesihatan yang terbaik setakat ini.. saya memang tidak berani dengan ubat2 kurus di pasaran.. takut kesan sampingan terhadap buah pinggang dan lain-lain.. tapi Herbalife sudah 32 tahun di pasaran dan bisnesnya semakin berkembang.. ada ramai doktor yang bukan calang2 yang terlibat dalam produk Herbalife, menambahkan keyakinan saya pada kualiti produk Herbalife..

dan bila saya sendiri menggunakan produk, saya dapat merasai perubahan yang ketara.. saya tak perlu lagi bergantung kepada coffee yang kandungan cafeinnya tinggi untuk segarkan saya setiap pagi waktu kelas.. sarapan dan lunch Herbalife mengenyangkan saya dan saya tidak mengantuk untuk belajar seperti kalau saya makan nasi atau makanan berat lain.. konfem mengantuk sangat2 dan haruslah lentuk seketika untuk segarkan balik diri.. (tu kalau seketika, kalau dah sampai tidur sejam dua kan naya??)

selalu kalau saya study, sampai 5 6 cawan nescafe saya minum, sampai selalu jugak pening2.. kemudian, saya gantikan nescafe dengan produk teamix.. memang sangat membantu untuk keep me alert untuk study.. alhamdulillah.. sambil belajar, sambil exercise (teamix boleh bakar kalori tau~)

68336_370089683081263_2030716466_n

kalau tak, dulu hari2 jugak saya makan maggi sebab tak rajin memasak tengah2 study kan.. masak maggi kan cepat, 5minit jer.. dah la takde khasiat.. honestly, kerap jugak saya sakit2 sebenarnya.. alhamdulillah.. dengan F1, siap dalam 2minit, dan dapat khasiat cukup insyaAllah… ๐Ÿ™‚ i feel much better since guna Herbalife.. dan bonus, saya lose 6kg dalam sebulan.. ๐Ÿ™‚

sejujurnya, saya juga risaukan tahap kesihatan keluarga saya.. dengan harapan, Herbalife mampu beri nutrisi yang lebih baik untuk keluarga saya.. untuk kedua ibubapa saya.. alhamdulillah.. ayah dah turun 5kg 2minggu amalkan pemakanan Herbalife.. dan darah tinggi juga dah turun dari 130/90 ke 110/70.. ya Allah, aku bersyukur kepadaMu..

dan juga peluang bisnes Herbalife sangat meyakinkan saya.. ๐Ÿ™‚ upline saya, hanya part time buat Herbalife selama 6 bulan, boleh dapat rm7000 sebulan sekarang.. tahniah.. she really work hard.. so she deserve it.. walaupun saya kurang faham lagi konsep bisnes ni, tapi insyaAllah, i choose and i believe Herbalife for my part time career..

sepanjang sebulan bersama bisnes Herbalife, walaupun slow je, dan juga menerima rejection, saya bersyukur.. sebab sekurangnya mereka2 tahu saya buat Herbalife, dan sekiranya ada yang suatu hari nanti berminat, they will find me.. insyaAllah..

doa dan impian saya, untuk membuka kelab nutrisi Herbalife dekat Muadzam Shah after grad nanti.. ๐Ÿ™‚ adik saya Rasyiqah juga memasang niat untuk menyambung pelajaran untuk Ijazah Dietetik (pakar pemakanan).. so, kami will learn much more about nutrition dan akan berganding bahu untuk menyebarkan kepentingan pemakanan sihat penuh nutrisi bersama Herbalife… insyaAllah membanteras obesiti, punca banyak masalah kesihatan.. moga Allah mudahkan segala impian dan cita2 keluarga kami.. amin ya Rabbal alamin..

suatu hari nanti.. insyaAllah.. :) ni pakar pemakanan Rasyiqah la kan uruskan ye dak?? hehe..

suatu hari nanti.. insyaAllah.. ๐Ÿ™‚ ni pakar pemakanan Rasyiqah la kan uruskan ye dak?? hehe..

 

semoga tahun 2013 akan dipenuhi dengan kebaikan buat saya dan keluarga dunia dan akhirat.. amin~~~~ insyaAllah.. moga Allah redha..

Advertisements