Category: Deep Inside..Heart..


hidup

aku hidup..
hanya atas keyakinan bahawa Allah yang menghidupkan aku..
bahawa Allah yang menetapkan segala susur galur takdir perjalanan hidupku..
hidup dengan saki kekuatan jiwa bahawa Allah sentiasa disisiku, memberi kekuatan meneruskan langkah..
meletak segalas keimanan ke atas qada’ dan qadar Ilahi..
yang pastinya adalah terbaik buat hambaNya yang buta tentang hakikat masa hadapan dirinya..

aku hidup..
sekadar dengan menghunus senjata mukmin yang utama.. bedoa kepada ‘Rabb’ nya yang Esa..
dengan penuh kehinaan dan kerendahan hati.. dengan penuh harapan yang besar..
moga Allah membuka jalan-jalan keluar atas setiap kekusutan..
moga Allah memudahkan urusan hambaNya yang buntu menghadap titik noktah perjalanan..
hidup dengan kekuatan bahawa Allah itu Maha Adil lagi Hebat sekadar mengurusi keremehan kekusutanku..

aku hidup..
sekadar ingin menjadi hambaNya yang lebih mukmin berbanding hari semalam..
sekadar ingin membuang sawang jahiliyah yang memenuhi jiwa nan hina ini..
agar redha Allah sentiasa di sisi..
agar syurga Allah tidak menjauh dari roh yang pasti meninggalkan jasad..

setiap gerak, setiap tutur.. moga sentiasa dalam lindungan Allah..
setiap sesuatu yang bakal ditakdirkan, moga sentiasa ditabahkan hati dalam melaluinya..
kerana Allah itu ada..
kerana Allah itu dekat..
kerana Allah itu Maha Kuasa.. Maha Membantu hambaNya yang lemah..

Allah..
Allah..
Allah..

jangan uji aku dengan sesuatu yang tidak mampu untuk aku lalui..

~ 7 Eleven's cake + sushi tepi jalan ~

~ diky moc ~

~ thank you so much 🙂 ~

hehehe..

Nikmat ~

Maka nikmat TuhanMu yang manakah yang kamu dustakan?

berkali-kali Allah ulang ayat yang satu ini dalam surah ar-Rahman.. maksud surah itu sendiri itu pun sudah terang menggambarkan keseluruhan isi surah tentang bukti Pemurah Allah kepada makhlukNya.. dinyatakan dengan jelas dan teliti satu persatu nikmat2 Allah dan disambung dengan persoalan retorik ini berulang-ulang kali.. “Maka nikmat TuhanMu yang manakah yang kamu dustakan?”.. persoalan yang tak menuntut jawapan lisan pembacanya, sekadar cukup agar berlegar-legar di benak fikiran sang hamba.. agar meninggalkan tanda soal yang berbekas di hati sang pembaca.. renungkan~~

senyum sendiri saya memikirkan.. satu persatu nikmat Allah buat diri ini.. hitunglah.. letih lenguh mengira satu persatu.. panjang berjela list yang satu… ya Allah, aku ni bukan sesiapa tanpaMu, ya Rabb.. aku hanya punyaiMu untuk menyokong diri ini.. menyokong hidup ini.. aku hidup atas keyakinan kepadaMu.. dan aku hari ini, sangat bersyukur, aku benar2 merasa cukup dengan bahagianya hidup pada hari ini.. rasa yang tak mampu pun diluahkan melalui kata2.. indah hanya empunya diri yang rasa dan hanya Kau yang faham.. *macam nak senyum je sampai lenguh mulut2.. 🙂 huhu..*

teringat pula kisah semalam, bila berada di fasa rendah, bila ditimpa masalah segalas bahu, bila diuji sejentik cuma, terus terlupa akan nikmat yang terlalu banyak di hadapan mata.. yang terlihat, yang terlintas di benak.. “aku lah manusia paling malang kat dunia ni.. kenapa Allah buat hidup aku macam ni? apa dosa aku?”.. etc.. etc.. sampai terlupa masih ramai manusia di pelosok dunia, masih tersenyum menikmati hidup, gembira dalam meniti hari yang sukar.. mereka bersyukur seadanya.. merasa cukup dalam ketidakcukupan dunia..

mulut-mulut yang berkeluh-kesah itu, lidah-lidah yang melontarkan rasa sesak itu.. mungkin kerana datang dari hati2 yang tidak pernah mengenal erti cukup dan syukur akan nikmatNya yang zahir jelas dan pasti.. nikmat yang terhijab dek bisikan syaitan yang menghembus.. Nauzubillah.. moga Allah lindungi hati2 ini..

mungkin kerana hidup tanpa berkat dariNya? teringat dialog bersama seorang sahabat, bila saat fikiran berserabai merenung kehidupan..

“Mana nak tahu hidup kita ni Allah berkat ke tak? aku selalu terfikir, sebenarnya Allah berkat aku ke tak? Aku rasa aku dah kejar berkat tu.. tapi.. “

terus dikongsikan tazkirah yang sedang dibaca, “Berkat itu…. Sesuatu yang tidak boleh dilihat, tetapi dengan berkat itu, kita boleh berasa tenang dan bahagia sentiasa walaupun separuh dunia berada di bahu kita”…

Senyum.. rasa2nya kan, tenang dan bahagia tak kita saat tekanan intracranial dah mencapai limit yang mencemaskan?? juga persoalan retorik yang tak perlukan jawapan lisan si pembaca..

nota kaki : kejar rasa berkat itu jom!! best kot~~~ ^^

THE END

3 bulan yang terlalu membahagiakan..
cukup hati yang merasa sendiri..
walau duka, benci kadang menyinggah..
namun bahagia tak pernah menjauh..

syukur kepadaMu ya Allah..
atas segala yang terjadi..
tiada kesalan walaupun sekelumit..
kerana ku yakin atas petunjukMu ya Rabb..
kerana ku jelas akan suratan perjalanan takdirMu..

tawakkal kepadaMu.. ya Rabbi..
mohon ketabahan dalam mengharung yang mendatang..
mohon kemudahan dalam menyusuri hari..
mohon petunjukMu dalam segala gerak..

walau jauh dari sempurna..
walau tidak indah di mata akal..
namun cukup sempurna dalam melengkapi..
cukup indah di rasa hati..
cukup bahagia dalam hari..

alhamdulillah.. syukur kepadaMu..
atas nikmat yang Kau beri..

Bismillah..
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Penyayang..

sesungguhnya diri manusia itu terbentuk berdasarkan  apa yang difikirkan oleh kebanyakan manusia lain..

aaaahhh.. sistem MAJORITI la kan.. if u believe that A is right, but majority said that B is the right one, what will you choose then? will u stick with A, or will u switch to B?

fikir-fikirkan..

adakah MAJORITI itu sentiasa benar? tanpa sedar, we let our MIND been controlled by THEM..

siapakah MEREKA?

MEREKA yang bertindak berdasarkan sangkaan mereka semata… bukan berdasarkan kebenaran dari panduan Allah, Al-Quran..

MEREKA yang punyai tangan2 yang berkuasa..

TANGAN-TANGAN itu yang sedang menjajah pemikiran MANUSIA..

Are You Awake???
Let’s free our minds..

Photobucket

fikir-fikirkan..
renung-renungkan..

sesungguhnya kita bukanlah umat yang tidak berfikir.. (my fav quote.. huu..)

“Dan jika kamu ikuti kebanyakan orang di bumi, nescaya mereka itu menyesatkan kamu dari jalan Allah, mereka tidaklah mengikut, selain dugaan sahaja dan mereka tidak lain hanya mengagak sahaja”

Al-An’am: 116

Wallahuaklam..
sesungguhnya diri ini terlalu kerdil.. dan tidak terlepas dari melakukan kesilapan..

 

THE AWAKENED 2010

Hutang Allah..

mood meng’update’.. huhu.. lame dah rase ‘puase’ berblog ni.. since Pharmaco final ni.. ni dah free, mau kembali berblog dengan serius.. (ye la tu.. haha..)

baru tadi dapat dose tidur yang cukup.. tidur yang berkualiti.. alhamdulillah.. dan sekarang ni, rase macam baru bangun dari mimpi yang panjang… macam mimpi.. macam mimpi.. i dunno how to describe the feeling of this dream.. feel like Allah is so close to me.. like He’s there.. watching me.. helping me.. protect me.. *this feeling of mine*

entah la.. ni sebab kisah pagi exam 15hb tu.. since pagi2 sebelum nak exam tu.. disebabkan diri ni yang tak pandai nak jaga keperluan jasad ni.. xmakan + kurang minum air + xcukup tido + stress exam = cukup syarat utk pitam pagi2 exam right after mandi.. dah memang separa concious dah.. mase tu memang tak pikir lain dah..

“Allah.. tolong aku.. jgn pengsan.. aku nak pegi exam..”.. Allah.. sangat2 bersyukur.. sebab just for a while only.. syncope.. dalam half2 tu, minum air, duduk.. alhamdulillah.. regain consciousness balik.. ade la dapat tanda kasih sayang almari bilik air kat kening ni.. terhantuk sikit.. huhu.. nasib la tak teruk.. lega..

pagi2 yang patutnye sibuk pikir Pharmaco, tibe2 kepala dah switch ke Pathophysio = camne leh pitam tadi?..

then, setakat pengetahuan yg sikit ni, mula la buat teori sendiri.. since pagi2, badan dehydrated + hypoglycemic.. so, saya dalam keadaan hypotension (tekanan darah rendah).. pastu, memang mandi pagi tu saje je gedik pakai air yang extra panas sikit dari biasa.. nak bagi segar la kunun.. so, i guess, semua blood2 vessel dalam badan ni terlajak vasodilation la kan.. (mengembang).. kurang la blood untuk supply ke brain.. dan end die = syncope.. (logik x?..)

but then, lepas tu.. rase mcm dapat aura semacam.. i feel strong.. rase yakin tetibe.. semua ke’cuak’an exam hilang camtu jer.. rase bertenaga dan sihat kut..

“Allah, u helped me just now.. please help me this time too..”.. keyakinan yang Allah akan tolong tu.. macam 120% yakin Allah memang konfem akan tolongnye..

“no worry.. u have Allah.. Dia baru je selamatkan u pagi tadi.. 🙂 setakat nak tolong u Pharmaco.. kacang sangat..” dialog2 dalam hati ni.. huhu.. sengal..

and yes.. He did.. 🙂

dan lepas apa yang jadi.. apa pulak yang saya dah buat untuk tolong agama Allah? untuk balas jasa Allah kan? i can’t be that selfish just nak menerima je nikmat Allah tanpa memberi.. love is GIVE & TAKE.. (errrr….) and i’m 22.. should become a better person rite?

and He gave me chance to repay back Him.. who am i to reject that offer? selfish kah diri?.. terlupe ker Allah dah tolong banyak? just how much u feel bertanggungjwb thdap amanah utk belajar, that much.. even more lagi u should feel responsible thdap amanah utk Allah tu..

ya Allah.. moga terbayar hutang diri ini kepadaMu.. Thanks Allah.. 🙂 for everything..

rase lega dan tenang..

“Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong [agama] Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”..

(Muhammad 47:7)

Wall..

life quote Pictures, Images and Photos

I come across this quote while searching for previous post of LIFE..

smile.. oh.. coincident? i just somehow recently had nice talk with a group of friends of mine.. muhasabah my own self.. my own attitude and personality.. i kind of admit their said.. that i just somehow purposely put a wall – like a shield – shielding others to get into my private space.. like everything is only on the surface, not too deep inside..

i had fun, befriend with others.. make new friends – at that moment, that event – and when it ends, it will be the end too – if it happen that we’ll meet again, then it will.. and vice versa.. kind of.. *warning: don’t attach to me if u don’t truly care*.. i’m a detached person *admit*.. but then, i do hope for someone to kick the wall saying “this wall is easy enough for me”.. hohoho.. *merepek apekah??*


why is it so? like a snail in it’s shell.. because i’m fragile.. not strong enough.. *admit lagi* once i let someone in my private zone, when i trust someone, when i truly care and love for someone.. i mean it wholeheartedly.. i do expect more.. and *kedebuk-kedebuk*.. fall and wounded..

i’m bad at expressing verbally my ‘not-so-hidden’ care and love.. to those who already freely enter the zone.. kind of.. *i’m better at pleasing the world than showing my love to those surround me*.. hoho.. konon2 ‘action speaks louder than words’ la.. then, when Koin gave me this song..

true.. true.. true.. *admit lgi lgi*.. sometimes.. i did try to show.. but it might not work out that well.. and at the end..

i will let go~~ step back might be best~~ should not get too involve again~~ blah blah blah.. ~~ go on with my life.. put back my shield..

words to live by Pictures, Images and Photos

mood: menulis, jiwang, analisis diri, merenung masa lepas.. senyum 🙂

Berat hati..

22 september… 23… 24…

few days left..

berat hati.. beratnye hati ni…

this short two months summer break in Malaysia..

yet.. so much memories.. lots of stories..

keep everything.. deep inside..

my beloved family.. my friends..

everyone.. every single little thing..

will keep everything.. deep inside my heart…

insyaAllah..

love,
long

Ramadhan ini..

Ramadhan..
amal ibadah.. still.. hurm..
bile tgk nenek2, semangat.. gagahnya beramal ibadah..
“kalau2 ini Ramadhan terakhir.. sayang nanti kalau tak rebut..”, terkelu saya..
Saya?
*malu*

hati ini sentiasa berbolak-balik..
iman tu turun naik..
tak pernah tetap..
*risau*

doa saya..
semoga terus memperbaiki diri ini..
semoga saya tak jadi manusia yg rugi..
yg sia2kan Ramadhan yg entah akan muncul lagi.. entahkan tidak..
*sedih*

“Jika umat manusia itu mengetahui akan kelebihan yang ada di dalam bulan Ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu sebagai bulan Ramadhan”, sabda Rasulullah SAW..