Category: motivation & thought


Gigih

lame sudah tak menulis.. terbiar kosong je blog ni..

susah sebenarnye nak jadi blogger.. OK, nak jadi blogger tu senang.. stuju.. buka je blog, buat address, dan tulis.. tapi bukan mudah untuk komited menulis dan mengupdate blog.. utk nak membaja blog agar tak mati tertimbus ~~ huhu..

mungkin saya ni dalam kategori yang tidak mampu mengekalkan ke’konsisten’an penulisan di blog..
lama sungguh aktiviti blog walking tak tersempat.. lupe sudah wujud byk bahan2 bacaan menarik kat dunia internet ni..
mungkin kerana fokus bahan bacaan juga berubah.. seiring dengan berubahnya usia dan situasi diri semasa..

permulaan itu berat.. tapi tanpa permulaan, mana mungkin mampu menuju destinasi impian...

iyer..
mungkin beban komitmen saya dah bertambah??.. atau mungkin saya yang lemah menyusun 24jam hidup saya sehari.. tak pernah cukup dengan kehidupan 24 jam sehari yang Allah peruntukkan.. dear, jangan lupa.. masa juga makhlukNya, telah tertetap hayatnya 24jam sehari di dunia, begitulah ia akan terus berputar dan melalui hayatnya dengan taat dan patuh..

dan diri sebagai makhlukNya juga.. lemah.. tak pernah rase mampu menyumbat mana yang patut.. tarik nafas dalam.. merenung jalan dan lorong di hadapan.. tarik nafas dalam.. menoleh melihat kesan jejak yang dah direntas.. tertinggal itu dan ini..

atas kelemahan diri, ada keperluan untuk mendropkan certain2 kebiasaan yang dulunya mungkin sempat untuk dilayan.. huuu.. (alasan je kan..? hehe..)

masa itu juga makhluk yang tahu peranannya kepada Tuannya..

Gigih..
gigihkan diri.. gigihnya aku.. kene gigih sikit Raini… 🙂

senyum.. kegigihan ini akan terbayar.. takkan pernah sia2.. gigih menuju bahagia.. gigih mencari senyum..

jangan risau.. hentian rehat yang selesa sentiasa ada sepanjang perjalanan yang gigih ini.. ahhhhh.. stesen minyak pun berjenis2 sepanjang destinasi.. 🙂 insyaAllah takkan habis minyak di tengah jalan.. owh, tapi syaratnya kene alert la dengan paras meter minyak yang masih ada, kene bijak la merancang perjalanan agar kena dengan paras baki minyak.. 🙂

popeye jugak perlukan 'spinach'nya.. boleh terus gagah hadapi musuh

~~END~~

Happiness..

five rules for happiness??

teori yang diciptakan manusia untuk mendapatkan kebahagiaan..

sebenarnya Allah dah ajar pun kita macam mana nak dapatkan kebahagiaan itu… melalui Al-Quran, melalui idola terbaik kita, Rasulullah SAW…

need a proof?? let’s see.. huhu..

1. Free your heart from hatred

lapangkan la hati dari kebencian.. sedangkan tingkat terendah dalam ukhwah adalah apabila seseorang itu berlapang dada dengan saudaranya.. dan untuk berlapang dada, wajiblah untuk tidak membenci.. dan saling berkasih sayang itu adalah requirement untuk menjadi orang yang beriman..

“Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri”

Hadis riwayat Bukhari & Muslim

so, sila berlapang dada dan jangan membenci 🙂

2. Free your mind from worries

jangan gundah, jangan terlalu risau tentang sesuatu yang di hadapan.. kita kan diajar untuk sentiasa bertawakkal kepada Allah.. untuk meletakkan sepenuh pengharapan dan perwakilan kepadaNya.. kerana hanya Dia yang mengetahui segala sesuatu di hadapan kita.. dan semua pun telah diatur mengikut ketetapanNya..

“……. Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. (2) Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan [keperluan] nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan [yang dikehendaki] Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. (3)” 

At-Talaq (65): 2-3

kalau la Allah dah atur semua dan semua ketetapanNya adalah yang terbaik, dun worry too much k!!  usaha dan tawakkal.. insyaAllah.. 🙂

3. Live simply

hidup la besederhana.. sekadar keperluan.. Allah menciptakan nafsu dalam diri manusia.. syaitan pula menghiaskan indah kehidupan dunia ni.. semua pun untuk menguji manusia sama ada mereka kuat atau tidak dalam menanti keindahan sebenar di kampung akhirat kelak..

“Dijadikan indah pada [pandangan] manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik [surga]..”

Ali-Imran (3): 14

jadinya, hidup la sekadar keperluan.. jangan dilayan sangat nafsu duniawi.. 🙂

4. Give more

setiap anggota tubuh kita adalah pinjaman dari Allah.. agar kita bermanfaat kepada yang lain.. setiap nikmat datang dengan tanggungjawab.. tanggungjawab untuk sentiasa memberi kepada yang memerlukan.. tanggungjawab sedekah yang tidak hanya dengan harta.. malahan dengan setiap ruas tulang yang diberi pinjam Allah kepada kita..

“Setiap ruas tulang manusia wajib disedekahi, setiap harinya selama matahari masih terbit. Mendamaikan antara dua orang (yang berselisih) adalah sedekah, menolong seseorang naik ke atas kenderaannya dan mengangkat barang-barangnya ke atas kenderaannya adalah sedekah, berkata yang baik adalah sedekah, setiap langkah berjalan menuju shalat adalah sedekah dan menyingkirkan gangguan dari jalan adalah sedekah.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

marilah membanting tulang untuk banyak memberi, semua pun kan sedekah.. 🙂 insyaAllah bahagia..

5. Expect less

bukan ganjaran dunia yang kita harapkan.. sebaliknya ganjaran syurga Allah yang dikejar.. apalah makna sebuah ibadah dan sedekah kalau tanpa keikhlasan, kalau mengharapkan pandangan dunia, ganjaran dunia.. kalau expect benefit dari setiap perkara..

“Itulah [karunia] yang [dengan itu] Allah menggembirakan hamba-hamba-Nya yang beriman dan mengerjakan amal saleh. Katakanlah: “Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upahpun atas seruanku kecuali kasih sayang dalam kekeluargaan”. Dan siapa yang mengerjakan kebaikan akan Kami tambahkan baginya kebaikan pada kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri”

As-Syuraa (42):23

jangan meletakkan harapan terlalu tinggi tentang hasil yang kita usahakan.. segala semua pun Allah akhirnya yang menentukan.. 🙂

Conclusion dari 5 teori HAPPINESS yang diciptakan oleh manusia ???

HAPPINESS ,

kebahagiaan adalah apabila kita benar-benar menjadikan Islam sebagai cara hidup..
apabila hidup berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah..
apabila meletakkan Allah sebagai yang Tertinggi dalam segala-galanya..
dan apabila meletakkan Syurga sebagai cita-cita destinasi terakhir kita..

insyaAllah..moga HAPPINESS itu milik kita semua..*peace* *wink*

resah gelisah…

bumi mana yang tak pernah ditimpa hujan..
manusia mana yang tak pernah ditimpa masalah.. sama ada kecik atau besar..
manusia mana yang tak pernah mengeluh saat jiwa kacau..
saat bersirat-sirat otak memikirkan.. di saat diri dalam kesusahan..

that’s life..that’s us.. as human being..

Allah knows it well.. and for that, he gave us solutions.. not only one but many solutions.. even with guaranty of Jannah..

Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut). (19)
Apabila dia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah. (20)
Dan apabila dia beroleh kesenangan, dia sangat bakhil kedekut. (21)
Kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang. (22)
Iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya. (23)
Dan mereka (yang menentukan bahagian) pada harta-hartanya, menjadi hak yang termaklum. (24)
Bagi orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta). (25)
Dan mereka yang percayakan hari pembalasan (dengan mengerjakan amal-amal yang soleh sebagai buktinya). (26)
Dan mereka yang cemas takut daripada ditimpa azab Tuhannya. (27)
Kerana sesungguhnya azab Tuhan mereka, tidak patut (bagi seseorangpun) merasa aman terhadapnya. (28)
Dan mereka yang menjaga kehormatannya. (29)
Kecuali kepada isterinya atau kepada hambanya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela. (30)
Kemudian sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas. (31)
Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya. (32)
Dan mereka yang memberikan keterangan dengan benar lagi adil (semasa mereka menjadi saksi). (33)
Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya. (34)
Mereka (yang demikian sifatnya) ditempatkan di dalam Syurga dengan diberikan penghormatan. (35)

Al-Maarij (70) : 19-35

peringatan buat diriku yg selalu berkeluh kesah, resah gelisah.. 😦  (nnti bile berkeluh kesah lgi, sile bukak post ni yer raini.. huhhh..)
terima kasih buat Kak Hanis yg sharing this.. 🙂

sibuk sungguh..

week yg sibuk… huuu.. sungguh hectic rsenye.. ‘hectic’ la kn utk sy yg xbiase dgn sibuk.. yg x tough sgt ler ni.. huhhh.. 

tapi bile ingt kate ustaz Zaharuddin mse program UZAR v HK, Ahad lepas,

“Belajar latih diri untuk sibuk sekarang, sebagai persediaan untuk sibuk masa kerja nanti..”

“Kalau nak excel dalam Islam, kene buat 2-3 kerja satu masa dan excel dalam semua kerja!.. nabi buat lebih dari 10 kerje dan cemerlang semua!”

ala2 cmtu la ayat ustaz.. berkobar2 ustaz ckp kt dpan, bekobar2 jgk sy kt blkg time tu.. (time tu je ke?? hoho..).. but then, true.. kalau mahu jdi manusia yg excellent dlm byk perkara, perlukan ‘self-management’ yg sgt hebat.. kene pandai manage time.. Allah gives 24 hours per day equally for everyone rite?.. if others yg sibuk still dpt berehat yg cukup, then? huhu.. and plus.. yg pling penting, kene sgt2 tahu manage our stress..

manage time, control stress.. –> seriously, sy fail 2 2 bab ni!! aish! haha.. then, pe lagi raini, silalah belajar 2 bende alah ni OK?? even if it’s not for excellent, at least it’s important for survival kat sini.. sgt2 important.. hurm..

UZAR V HK

Ramai... 🙂

for me, this week.. lega.. settle dah credit Neurology, settle sudah elective subject Neuroscience, end dah this week punye Pharmacology test..

yet to come.. ISK Hradec weekend ni.. huuuu..

yet to anticipate(?).. tomorrow start of practical for Diagnostic Radiology & Nuclear Medicine for 2 weeks..

boleh lupakan sekejap subjek2 lain.. heee.. sweet escape jap! but still xleh lari dri Pharmacology.. sigh..

“Maka apabila kamu telah selesai [dari sesuatu urusan], kerjakanlah dengan sungguh-sungguh [urusan] yang lain, dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap..”

Al-Insyirah (94) : 7-8

 

Life..

Love Life Pictures, Images and Photos

Cute quote? Pictures, Images and Photos

Al-Falaq

Katakanlah: “Aku berlindung kepada Tuhan Yang Menguasai subuh,

dari kejahatan makhluk-Nya,

dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gulita,

dan dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul (ikatan-ikatan),

dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia dengki”..

Al-Falaq (113) : 1-5

Bismillah… Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang..

semakin kerap Al-Falaq, An-Nas, Ayat Kursi meniti kt bibir ni baru2 ni.. pertama kali sy benar2 menghayati, benar2 mensyukuri tiap2 bait ayat2 Allah ini..

An-Nas, Al-Falaq, terturunnya ayat2 Allah ni demi menyembuhkan sihir manusia khianat terhadap nabi kecintaan Allah, Rasulullah SAW.. suatu ketika, nabi kecintaan Allah, kecintaan umat Islam pn pernah disihir..

sungguh.. Allah yg menguasai keseluruh alam ini, juga menguasai alam ghaib.. sungguh, bukan manusia semata-mata makhluk Allah di bumi ini.. sungguh, kdg2 kite manusia terlupe hakikat yg satu ini..

melihat sendiri.. when it happen to someone surround me.. kepada Allah, sy mohon perlindungan.. Ya Allah yg Maha Melindungi, lindungilah diri ini dan keluargaku dari khianat manusia pendengki.. dari kejahatan2 makhlukMu.. dari kejahatan perempuan2 sihir.. dari kejahatan syaitan dan jin..

Ya Allah, mohon rezeki dariMu ya Allah..

The Awakened

Salam wbt…

sebelum terlambat..

nak jemput semua shbt2 muslimah sekalian.. meh la.. ke THE AWAKENED..

buat pertama kalinya Ghazwul Fikr (a.k.a Serangan Pemikiran) disampaikan kat Hradec Kralove ni.. 🙂

Photobucket

insyaAllah..

location : Baitul Mus’ab (Adalbertinum)

masa: 10.30am – 5.00pm (-7.30pm)

For more details.. klik sini and for update, boleh jenguk2 blog Ghuraba’ HK selalu.. insyaAllah..

“Dan jika kamu ikuti kebanyakan orang di bumi, nescaya mereka itu menyesatkan kamu dari jalan Allah, mereka tidaklah mengikut, selain dugaan sahaja dan mereka tidak lain hanya mengagak sahaja”

Al-An’am: 116


Sedangkan janji Allah..

umat Islam adalah umat yg terbaik.. yg mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.. (3:110)

yg menjadi saksi terhadap kebenaran Islam.. yg dipertanggungjwabkan utk menyampaikan Al-Haq.. (2:143)

Allah makes us free.. dari penghambaan sesama manusia kpd hanya DIA yg Esa..

but we always forget this, rite? *sigh* *my bad*.. huhu.. that we become weak again.. controlled by others.. we just go with the flow even if it’s against HIS flow…

well, let’s free our minds, our souls, sisters….

*peace*

*love*

kerana setiap kita punyai tanggungjawab dan janji kepadaNya.. agar hujahNya mengatasi hujah manusia..

The Professional Mukmin Generation 2010 v Hradci Kralove..

Become a great student.. and the best mukmin..  insyaAllah..

registration and more details : SUPER POWER STUDENT website

“Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain.” al Insyirah (94):7

Begin with the END in mind…

As a medical student.. with the END of a great physician in MIND..

As a servant of Allah.. with the END of His Heaven in MIND..

I should begin my steps.. one by one.. towards the END of what i dreamed of in my MIND.. in the right pathway.. InsyaAllah..

“Is he who walks (without seeing) on his face, more rightly guided, or he who (sees and) walks upright on a Straight Way?”

“Maka adakah orang yang berjalan tersungkur di atas mukanya: Boleh mendapat hidayah, atau orang yang berjalan tegak betul, melalui jalan yang lurus rata?”

Al-Mulk (67) : 22


You (Alone) we worship, and You (Alone) we ask for help (for each and everything). Guide us to the Straight Way.  The Way of those on whom You have bestowed Your Grace, not (the way) of those who earned Your Anger, nor of those who went astray..

Al-Fatihah (1) : 5-7


i wish…

i wish to become a great, reliable doctor..

i wish to become a hardworking, brilliant students..

i wish to become a better, committed muslim.. a loyal servant to Him, my Only Creator..

i wish to become a better me.. a good friend, better daughter, and an useful person in community..

i wish to always moving forward.. in this world and afterworld..

i wish to be as best as i could be..

*pray hard*

“Tiada seorang muslim yang berdoa dengan suatu doa yang tiada dalamnya dosa, atau memutuskan silaturahim melainkan Allah akan memberikan kepadanya salah satu dari tiga perkara: sama ada disegerakan kemakbulan atau disimpan untuk diberikan pada hari akhirat, ataupun dijauhkan keburukan yang sepadan dengannya.”

(Riwayat Ahmad, al-Bazzar dan Abu Ya‘la dengan sanad yang sahih).

“Berdoalah kamu kepada Allah Taala dalam keadaan kamu yakin akan dimustajabkan. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai dan alpa”

(Riwayat al-Tirmizi, disahihkan oleh al-Albani).