Latest Entries »

~ 7 Eleven's cake + sushi tepi jalan ~

~ diky moc ~

~ thank you so much 🙂 ~

hehehe..

Nikmat ~

Maka nikmat TuhanMu yang manakah yang kamu dustakan?

berkali-kali Allah ulang ayat yang satu ini dalam surah ar-Rahman.. maksud surah itu sendiri itu pun sudah terang menggambarkan keseluruhan isi surah tentang bukti Pemurah Allah kepada makhlukNya.. dinyatakan dengan jelas dan teliti satu persatu nikmat2 Allah dan disambung dengan persoalan retorik ini berulang-ulang kali.. “Maka nikmat TuhanMu yang manakah yang kamu dustakan?”.. persoalan yang tak menuntut jawapan lisan pembacanya, sekadar cukup agar berlegar-legar di benak fikiran sang hamba.. agar meninggalkan tanda soal yang berbekas di hati sang pembaca.. renungkan~~

senyum sendiri saya memikirkan.. satu persatu nikmat Allah buat diri ini.. hitunglah.. letih lenguh mengira satu persatu.. panjang berjela list yang satu… ya Allah, aku ni bukan sesiapa tanpaMu, ya Rabb.. aku hanya punyaiMu untuk menyokong diri ini.. menyokong hidup ini.. aku hidup atas keyakinan kepadaMu.. dan aku hari ini, sangat bersyukur, aku benar2 merasa cukup dengan bahagianya hidup pada hari ini.. rasa yang tak mampu pun diluahkan melalui kata2.. indah hanya empunya diri yang rasa dan hanya Kau yang faham.. *macam nak senyum je sampai lenguh mulut2.. 🙂 huhu..*

teringat pula kisah semalam, bila berada di fasa rendah, bila ditimpa masalah segalas bahu, bila diuji sejentik cuma, terus terlupa akan nikmat yang terlalu banyak di hadapan mata.. yang terlihat, yang terlintas di benak.. “aku lah manusia paling malang kat dunia ni.. kenapa Allah buat hidup aku macam ni? apa dosa aku?”.. etc.. etc.. sampai terlupa masih ramai manusia di pelosok dunia, masih tersenyum menikmati hidup, gembira dalam meniti hari yang sukar.. mereka bersyukur seadanya.. merasa cukup dalam ketidakcukupan dunia..

mulut-mulut yang berkeluh-kesah itu, lidah-lidah yang melontarkan rasa sesak itu.. mungkin kerana datang dari hati2 yang tidak pernah mengenal erti cukup dan syukur akan nikmatNya yang zahir jelas dan pasti.. nikmat yang terhijab dek bisikan syaitan yang menghembus.. Nauzubillah.. moga Allah lindungi hati2 ini..

mungkin kerana hidup tanpa berkat dariNya? teringat dialog bersama seorang sahabat, bila saat fikiran berserabai merenung kehidupan..

“Mana nak tahu hidup kita ni Allah berkat ke tak? aku selalu terfikir, sebenarnya Allah berkat aku ke tak? Aku rasa aku dah kejar berkat tu.. tapi.. “

terus dikongsikan tazkirah yang sedang dibaca, “Berkat itu…. Sesuatu yang tidak boleh dilihat, tetapi dengan berkat itu, kita boleh berasa tenang dan bahagia sentiasa walaupun separuh dunia berada di bahu kita”…

Senyum.. rasa2nya kan, tenang dan bahagia tak kita saat tekanan intracranial dah mencapai limit yang mencemaskan?? juga persoalan retorik yang tak perlukan jawapan lisan si pembaca..

nota kaki : kejar rasa berkat itu jom!! best kot~~~ ^^

THE END

Gigih

lame sudah tak menulis.. terbiar kosong je blog ni..

susah sebenarnye nak jadi blogger.. OK, nak jadi blogger tu senang.. stuju.. buka je blog, buat address, dan tulis.. tapi bukan mudah untuk komited menulis dan mengupdate blog.. utk nak membaja blog agar tak mati tertimbus ~~ huhu..

mungkin saya ni dalam kategori yang tidak mampu mengekalkan ke’konsisten’an penulisan di blog..
lama sungguh aktiviti blog walking tak tersempat.. lupe sudah wujud byk bahan2 bacaan menarik kat dunia internet ni..
mungkin kerana fokus bahan bacaan juga berubah.. seiring dengan berubahnya usia dan situasi diri semasa..

permulaan itu berat.. tapi tanpa permulaan, mana mungkin mampu menuju destinasi impian...

iyer..
mungkin beban komitmen saya dah bertambah??.. atau mungkin saya yang lemah menyusun 24jam hidup saya sehari.. tak pernah cukup dengan kehidupan 24 jam sehari yang Allah peruntukkan.. dear, jangan lupa.. masa juga makhlukNya, telah tertetap hayatnya 24jam sehari di dunia, begitulah ia akan terus berputar dan melalui hayatnya dengan taat dan patuh..

dan diri sebagai makhlukNya juga.. lemah.. tak pernah rase mampu menyumbat mana yang patut.. tarik nafas dalam.. merenung jalan dan lorong di hadapan.. tarik nafas dalam.. menoleh melihat kesan jejak yang dah direntas.. tertinggal itu dan ini..

atas kelemahan diri, ada keperluan untuk mendropkan certain2 kebiasaan yang dulunya mungkin sempat untuk dilayan.. huuu.. (alasan je kan..? hehe..)

masa itu juga makhluk yang tahu peranannya kepada Tuannya..

Gigih..
gigihkan diri.. gigihnya aku.. kene gigih sikit Raini… 🙂

senyum.. kegigihan ini akan terbayar.. takkan pernah sia2.. gigih menuju bahagia.. gigih mencari senyum..

jangan risau.. hentian rehat yang selesa sentiasa ada sepanjang perjalanan yang gigih ini.. ahhhhh.. stesen minyak pun berjenis2 sepanjang destinasi.. 🙂 insyaAllah takkan habis minyak di tengah jalan.. owh, tapi syaratnya kene alert la dengan paras meter minyak yang masih ada, kene bijak la merancang perjalanan agar kena dengan paras baki minyak.. 🙂

popeye jugak perlukan 'spinach'nya.. boleh terus gagah hadapi musuh

~~END~~

Marry a DOCTOR ~

randomly, just come across wall picture yg dipost oleh kawan2 di facebook..

favorite : point 2 and 11 ~ agreed 🙂

Random

someone said to me,

“Do right things at the right time”

tak sabar tunggu that right time.. *sigh*
sebab diri ini amatlah wrong-timing.. huehue..

new semester.. masih seronok berfoya-foya.. masih berada di gear satu.. kena selalu remind kan diri, jangan sampai terlalu lewat untuk masuk ke gear lima.. takut kecut nanti menunggu outcome yang mengecewakan..

~ susun jadual study
~ susun jadual diri.. pengurusan masa yang baik, please!! ~

masa itu emas.. ahhh.. harga emas naik turun mengikut pasaran, sedangkan masa tetap bergerak meninggalkan kita yang terleka..

masa itu adalah kehidupan.. kata Imam Hasan Al-Banna.. mensia-siakan masa, umpama mensiakan kehidupan.. rugi kan hidup tersia?

bila la ‘RIGHT TIME’ nye..

mungkin patut bertindak on impulse?

maybe.. 🙂

*random*

Realiti..

online.. mail.. facebook.. twitter.. ym.. blogging..

dunia alam maya.. for these past three months, dunia maya ni sangat unattractive to me..
because i have much more important life surround me.. hidup secara realitinya lebih menarik, lebih perlu menjadi keutamaan..

maaf ye kawan2 atas ke’MIA’an dalam dunia maya ni sepanjang tiga bulan lepas.. awalnya, ada masalah dengan internet dekat rumah.. only months later, baru online dgn okay nye.. tapinya, memandangkan keperluan di dunia luar lebih lagi berbanding untuk online.. kekerapan online tu sangatlah kurang..

now, i was back in Czech again.. another 10 months cycle of life and study.. ohh.. welcome back into dunia maya, Raini.. *ucapan utk diri sendiri*.. insyaAllah will be active again memblog, huehue..

boleh tak, kalau buat statement yg dunia maya ni utk orang yg alone (alone, bukan lonely k..).. hohoho.. when u r alone in your room, in your house (like me right now), then u have plenty of time to go online kan??.. hehehe..

but since i was never alone in Malaysia (almost never la, tidur pun menumpang bilik adik Raudhah gedik tu)..so, i really don’t have time to go online.. kitaran hidup hari2 pun, petang2 ke restoran Raisyidha, jadi waitress + cashier yg setia *poyosss*.. huehue.. kalau nak mintak kerja kat restoran, confirm orang amik, pengalaman 4 tahun jadi waitress sambilan.. mahir sudehhh.. hehehe..

dunia online vs dunia luar

restoran Raisyidha ~ it's all begin here ~

now, 5th year General Medicine.. permulaan yg menguji kesabaran.. moga kesabaran dalam mengharungi ujian pertama ni, dilihat dan diganjari pahala dariNya.. yosh! ~

3 bulan yang terlalu membahagiakan..
cukup hati yang merasa sendiri..
walau duka, benci kadang menyinggah..
namun bahagia tak pernah menjauh..

syukur kepadaMu ya Allah..
atas segala yang terjadi..
tiada kesalan walaupun sekelumit..
kerana ku yakin atas petunjukMu ya Rabb..
kerana ku jelas akan suratan perjalanan takdirMu..

tawakkal kepadaMu.. ya Rabbi..
mohon ketabahan dalam mengharung yang mendatang..
mohon kemudahan dalam menyusuri hari..
mohon petunjukMu dalam segala gerak..

walau jauh dari sempurna..
walau tidak indah di mata akal..
namun cukup sempurna dalam melengkapi..
cukup indah di rasa hati..
cukup bahagia dalam hari..

alhamdulillah.. syukur kepadaMu..
atas nikmat yang Kau beri..

Menahan diri..

kalau berpuasa itu ertinya menahan diri dari lapar dan dahaga..
mungkin tidaklah sesukar mana menahan perut yang berlagu,
tekak yang kering minta dibasahkan,
dan badan yang lesu tiada bermaya..

tapi ya Allah..

sukarnya menahan diri dari sifat hati..
bila keinginan tak terpenuhi, hati memberontak segala bagai,
bila amarah menguasai diri, lidah lembut kesat tak terkawal,
sampai terlupa status diri harus taat pada yang sewajarnya,
agar syurga dapat terjangkau dek kaki..

aduhai..
gagal benar diri ini menahan diri..
walau di bulan penuh barakah ini..
mungkin kerana dosa2 kecil yang menimbun..

astagfirullah..
istighfar..istighfar.. istighfar..

sesungguhnya aku sekadar hamba..
sesungguhnya kesilapan dan dosa tak pernah jauh meninggalkan diri..

duhai hati, tenanglah..
kaut kembali iman di dada.. buang segala prasangka yang memusnah..

duhai akal, kembalilah waras..
sedar kembali siapa diri.. jangan dibiar akal dikuasai fikiran2 kotor yang membusukkan..

duhai lidah, diamlah dari kesat..
lafazkanlah ayat2 Allah,
panjatkanlah doa mohon kesabaran dariNya.. basahkanlah zikir kepadaNya..

Ramadhan yang mengajar..
erti menahan diri..
moga berjaya mengharung segala..

Angan-angan

masa kecik2 dulu, orang selalu tanye, “besar nanti nak jadi apa?”
dan jawapan ‘innocent’ nye, tanpa tahu realiti sebenar, “nak jadi doktor..”

and now, already 4 years struggling in medical school..
alhamdulillah.. moga urusan ni Allah akan terus permudahkan..

dan sekarang ni, soalan2 yang ditanya regarding masa depan pun semakin upgrade.. bukan as simple as nak jadi apa macam dulu..
“what specialist you would like to be?”, persoalan terutamanya dari doktor2 yang mengajar kat sini..
i know what i want to be.. i have my own dream and plan.. but thinking that it might be difficult, i just simply answered, “i’m not sure yet, still considering some specialties..”

kadang-kadang tu ragu-ragu jugak, bila makin banyak pulak bidang2 yang menarik.. ni pun best, tu pun best.. macam nak try semua je.. hehehe..

lagi la ragu, bila fikirkan masa depan berkeluarga.. saya tak mahu hidup semata untuk menjadi seorang doktor berjaya di mata masyarakat tapi gagal menjadi isteri dan ibu yang berjaya di mata keluarga.. mahu punya masa untuk kehidupan peribadi, untuk berehat..

then, some important stuff happen..

22 Jun 2011

– join Dalila ke Dept. Cardiosurgery.. tengok re-operation of mechanical aortic valve.. for the first time in my life, dapat tengok real beating heart!! yeay for me.. (mungkin terlewat je, budak medic lain sume dah tengok awal lagi dah kut.. hehehe..) it was awesome!! dan semua pun sangat baik dan hebat.. surgeon tu explain a lot, even anesthesiologist tu pun sangat melayan.. environment surgery yang sangat best.. fuhh.. team medical dragon ~~

– habis je operation, terus pulak ke practical Internal, then tengok catheterisation.. tengok Coronary Angioplasty.. doktor tu pun best since he explained it in details, step by step.. impressive betul.. boleh die conduct bende alah kecik catheter tu masuk dalam coronary artery yang supply heart muscle.. impressive..

23 Jun 2011

– at internal practical, doctor tu ajak sekali, to join her to discuss case with surgeons and radiologists.. wow, rase menarik plak dengar kumpulan dalam 10 orang pakar2 berkaitan jantung ni berbincang details tentang patient, berbincang plan untuk patient.. either surgery is better, or catheter is better.. when to do surgery.. how is her echo.. bla.. bla.. bla.. lagi best kalau la saya faham Czech better.. sigh..

and doctor then asked me, again very typical question..
“what specialist you would like to be?”
i answered quite confidently, “Cardiologist”
“in internal, cardiology is the best!”, yakin dan semangat doktor tu jawab.. senyum je saya.. i believe that too..

at the end,
masa depan tetap adalah perkara ghaib.. Allah jua lah yang mengetahui segala sesuatu.. semua pun sekadar perancangan, angan-angan dan cita-cita yang sekadar di benak dan naluri seorang manusia.. dan Dia lah yang melunaskan segala perancangan.. sama ada diluluskan atau digagalkan.. menurut pengetahuanNya yang terbaik untuk hambaNya..

then, whatever decision i make in future, please have faith in me.. for that i believe is the best for me.. for that i consider thoroughly.. and if only Allah membenarkan ianya untuk berlaku..